Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Kakitangan Puspakom Disiasat, Kes Lepaskan Kenderaan Tidak Selamat

Tiga kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) hadir memberi keterangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu siasatan kes sebuah kenderaan yang lulus pemeriksaan meskipun kenderaan berkenaan tidak selamat.

Menurut laporan Buletin TV3, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, kesemua mereka tiba di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya sekitar jam 10.30 pagi tadi untuk siasatan lanjut.

Foto: Malay News

Beliau memberitahu, siastaan akan tertumpu terhadap elemen pengkuatkuasaan, teknikal dan integriti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita tak pasti bila proses ini akan selesai, kemungkinan sampai petang.
“Kalau ada kelemahan kita akan syor tingkatkan penguatkuasaan.Teknikal kami tekankan apakah kesalahan atau kerosakan teknikal kepada kenderaan tersebut dan kenapa kenderaan tersebut diluluskan dan yang paling penting integriti atau salah laku.
“Sekiranya siasatan pada hari ini ada berlaku pelanggaran SOP dan prosedur daripada pemeriksaan pihak pegawai penyiasat, kita akan buat beberapa cadangan dan JPJ akan angkat hasil ini kepada Menteri Pengangkutan.
“Sekiranya didapati berlaku pelanggaran kepada peraturan dan prosedur yang menjurus kepada salah guna kuasa dan rasuah, kami akan serahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya, malah SPRM pun tahu berkenaan isu ini,” katanya.

Tiga Kakitangan Puspakom Hadir ke Ibu Pejabat JPJ

Foto: Buletin TV3

Mengulas lanjut berkaitan tempoh proses siasatan, beliau menyatakan ia akan dilakukan secepat mungkin selain menjamin siasatan yang telus dan adil.

Ujarnya lagi, JPJ tidak akan sesekali bertolak ansur dalam perkara dan risiko yang mampu mencetuskan kemalangan

Pihaknya juga akan memanggil pemilik lori terbabit dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bila kita buat siasatan semalam lori ini telah dibawa oleh ‘runner’ warga asing yang tidak ada lesen memandu.
“JPJ KL dah keluarkan saman dan lori telah disita termasuk memanggil pemilik untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya lagi.

Artikel lain: JPJ Buat Operasi Mengejut Di Puspakom Seluruh Negara

Terdahulu, JPJ mula melaksanakan pemeriksaan mengejut melibatkan 25 premis Puspakom di seluruh negara, semalam.

Sebanyak 29 kenderaan dikenakan tindakan penguatkuasaan manakala 69 notis telah dikeluarkan membabitkan kesalahan seperti penggunaan tayar celup dan sebagainya.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Lokal

Suasana di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak berlangsung susulan kes kematian Allahyarhamah Zara...

Sosial

Seorang pempengaruh terkenal dengan lebih 700,000 pengikut baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan selepas menggelarkan anak perempuannya, Rania, sebagai ‘mini wife’. Meninjau di platform Threads,...

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd