Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RM177 Juta Disita Siasatan Kes Ismail Sabri, Terbesar Tiga Bulan Pertama Tahun Ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencatatkan jumlah sitaan sebanyak RM483.38 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dengan nilai sitaan terbesar membabitkan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata jumlah sitaan keseluruhan di bawah Akta SPRM 2009 dalam tempoh tersebut termasuk wang tunai dan jongkong emas bernilai RM177 juta yang dirampas dalam kes Ismail Sabri.

Tiga bulan pertama tahun ini

Tiga bulan pertama tahun ini

Sumber gambar: Bernama

“Paling besar sitaan sekarang ini adalah kes Datuk Seri Ismail Sabri, iaitu RM177 juta,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Sabah yang turut dihadiri Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar.

Beliau berkata dalam tempoh sama, jumlah aset dan wang yang dibekukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan serta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) adalah sebanyak RM548,978,525.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya setakat ini jumlah aset yang telah dilucutkan dan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan di bawah ketiga-tiga akta berkaitan, termasuk Akta Tatacara Jenayah, adalah sebanyak RM603,363.29, manakala jumlah penalti atau kompaun yang dikutip ialah sebanyak RM412,000.

“Sebanyak 319 kertas siasatan telah dibuka, 401 tangkapan telah dilakukan, dan 146 individu telah dituduh di mahkamah dalam tempoh tersebut.
“Usaha kita dalam menyelesaikan kes-kes ini sedang giat dijalankan bagi tujuan bukan hanya pertuduhan tetapi juga pemulihan aset,” katanya.

Artikel lain: Tuan Ibrahim Beri Bayangan PN Bakal Rombak Struktur Kepimpinan

Tiga bulan pertama tahun ini

Sita 13 akaun

Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd