Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Anggota Tentera Maut Selepas Trak Dilanggar Lori Di Gurun

Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah trak tentera dengan sebuah lori di Kilometer 77.5, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali memberitahu anggota tentera yang maut dalam lingkungan usia 30 hingga 40-an.

Pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 10.22 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Awa Suziana Abd Wahid bersama 10 anggota dan bantuan enam anggota dari BBP Pendang tiba di lokasi.

Tiga anggota tentera maut

Artikel lain: Lelaki Maut Selepas Beri Bantuan Selamatkan 7 Mangsa Kebakaran

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dipercayai kesemua trak tentera yang bergerak secara konvoi itu berhenti apabila satu daripadanya rosak dan ketika anggota turun dari kenderaan itu, sebuah lori yang dipandu lelaki berumur  31 tahun terbabas dan melanggar kesemua mangsa

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan melalui MERS 999 memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya di lokasi kejadian.
“PGO mengarahkan sebuah jentera, EMRS BBP Guar Chempedak dan sebuah jentera dari BBP Pendang ke lokasi kejadian.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan setibanya di lokasi, terdapat empat buah kenderaan terbabit dalam kemalangan di lokasi yang membabitkan tiga buah trak tentera lima tan dan sebuah lori Isuzu,” katanya.

Beliau berkata, PKO melaporkan terdapat empat mangsa iaitu pemandu lori Isuzu berusia 31 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dikeluarkan anggotanya sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dengan menaiki EMRS.

Tambahnya lagi, tiga lagi mangsa yang merupakan anggota tentera meninggal dunia ditempat kejadian selepas disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Komander Operasi melaporkan keadaan operasi terkawal dan anggotanya melakukan pembersihan sisa-sisa kemalangan.
“Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Astro Awani (Adie Sufian Zulkefli), Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Kehilangan anak kandung menjadi antara ujian paling berat dalam hidup seseorang, khususnya bagi ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan realiti kehilangan zuriat yang pernah...

Spotlight

Anggotan kumpulan BTS, iaitu Jin mengejut peminatnya minggu lalu apabila menjemput pelakon terkenal Tom Cruise sebagai tetamu undangan dalam rancangan ‘Run Jin’. Jin BTS...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd