Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tidur Adalah Keutamaan Hidup, Dakota Johnson Perlu ‘Beauty Sleep’ 14 Jam Sehari

Pelakon Dakota Johnson memberitahu tidur adalah keutamaan dalam hidupnya dan sekurang-kurangnya memerlukan masa 10 jam bagi setiap hari.

Dakota Johnson tidur lebih 10 jam sehari

Memetik portal The Wall Street Journal, bintang filem Fifty Shades of Grey berkata, dirinya tidak dapat berfungsi dengan baik dalam melakukan beberapa aktiviti harian lain.

Tambah Dakota Johnson yang juga kekasih kepada vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin, dia juga mampu tidur selama 14 jam dalam tempoh sehari.

“Tidur adalah keutamaan nombor satu dalam hidup saya,” kata aktres, 34, itu.

Dakota Johnson tidur

Jelasnya, dia tidak mempunyai jadual waktu yang spesifik untuk mendapatkan kualiti tidur yang sempurna. Sebaliknya merancang bagi memastikan dirinya dapat tidur secukupnya pada setiap hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika saya tidak bekerja, contohnya bercuti pada hari Isnin, maka saya akan tidur selama yang saya boleh,”katanya lagi.

Dakota Johnson tidur

Selain mendapat tidur yang cukup, Johnson berkata dia bersenam lima hari seminggu – gabungan yoga panas, pilates dan latihan berat badan.

Dakota berkata, dia juga bermeditasi transcendental sebanyak dua kali setiap hari kerana ia sangat membantunya mengawal pernafasan dan mengatasi anxiety.

Dakota Johnson tidur

Artikel lain: Lelaki Tak Mengaku Tidur Bersama Mentua, Buat Laporan Polis Terhadap Bekas Isteri

Sumber: The Wall Street Journal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd