Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tidak Wajar Salahkan Hamidin Punca Pan-Gon Letak Jawatan – PFA

Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menyeru kepada semua pihak untuk terus memberikan sokongan penuh terhadap skuad Harimau Malaya walaupun kini tidak lagi dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Presiden PFA, Zamri Ibrahim berkata, tindakan menyalahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin adalah tidak wajar kerana peletakan jawatan seseorang jurulatih merupakan satu perkara normal dalam dunia bola sepak.

Foto: FB Harimau Malaya

“PFA menganggap bahawa peletakan jawatan Pan-gon merupakan perkara biasa dalam era bola sepak profesional. Melihat pada pengumuman yang dibuat oleh Pan-gon, jurulatih itu jelas meletak jawatan atas keputusan peribadi iaitu dalam erti kata lain bukanlah dari tekanan mana-mana pihak.
“Oleh yang demikian, PFA berpendapat persetujuan bersama telah pun dipersetujui oleh FAM dan Pan-gon, merujuk kepada tiada tuntutan pampasan antara kedua pihak.
“Sepertimana sedia maklum, jurulatih tersebut masih berbaki kontraknya sehingga Disember 2025,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga mengajak para penyokong bola sepak untuk memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan itu yang akan beraksi di Pestabola Merdeka 2024 di bawah kendalian pemangku ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente pada September depan.

“Saya sebagai Presiden PFA mengajak semua peminat dan penyokong bola sepak Malaysia untuk terus memberi sokongan terhadap usaha kepimpinan FAM memacu bola sepak negara.
“Sekali lagi saya menyeru agar semua pihak bersatu dalam memastikan bola sepak kita kembali menggegar persada antarabangsa,” jelas beliau lagi.

Foto: semuanyabola.com

Zamri juga mengingatkan kepada semua pihak bahawa usaha dan kerja keras yang dilakukan Hamidin serta barisan exconya dalam memastikan ranking bola sepak negara terus melonjak naik selama beberapa tahun ini seharusnya dipuji serta diakui kejayaannya.

Sumber: Facebook Harimau Malaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd