Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Tidak Tinggal Selawat, Allah Bantu Kemenangan Kami” – Skuad Sepak Takraw

Pasukan sepak takraw negara yang berjaya menumbangkan Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 menganggap kemenangan tersebut disebabkan pertolongan Allah SWT sepanjang perlawanan, malam tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, salah seorang pemain bagi kategori gandingan double kebangsaan, Noraizat Mohd Nordin meluahkan rasa syukur dan gembira di atas kemenangan meskipun dia bersama pasangannya, Aidil Aiman Zawawi menghadapi tekanan semasa menentang pihak lawan.

Foto: Bernama

Selain berkat doa daripada rakyat Malaysia, Noraizat menyatakan bahawa mereka tidak akan mencapai kejayaan tersebut tanpa bantuan daripada Allah ketika dalam gelanggang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tak percaya sebenarnya (dapat menang juara dunia) tapi kalau rezeki dah tertulis, menang tetap menang juga. Berkat doa semua termasuk seluruh rakyat Malaysia.
“Saya memang ingat Allah sahaja dalam gelanggang. Selawat tidak tinggal dan Allah tolong kami dalam gelanggang sehingga mata terakhir,” katanya.

Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur menjadi saksi kejayaan yang dicipta oleh Noraizat dan Aidil untuk merangkul gelaran juara dunia buat kali pertama sejak Piala Dunia itu diperkenalkan pada tahun 2011.

Foto: Bernama

Sementara itu, Aidil berkata, walaupun badi pasukan lawannya itu sukar untuk dileraikan sebelum ini, namun kejayaan mereka telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk Malaysia menumbangkan raja sepak takraw dunia itu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong pasukan negara. Saya dengan Aizat dah buktikan kita boleh menang dengan Thailand,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd