Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tidak Puas Hati Cuti Sabtu, Ahad, Dipersilakan Pindah Negeri Lain – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati serta mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

TMJ bertitah, jika ada pihak yang tidak berpuas hati demi agenda peribadi, dan hanya hendak melagakan rakyat atau untuk kepentingan politik, mereka “dipersilakan pindah” ke negeri yang masih bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

“Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu.”  titah TMJ dalam satu kenyataan di Facebook.

Foto: Facebook Tunku Mahkota Ismail 

Tunku Ismail bertitah lagi, penukaran cuti Sabtu dan Ahad yang bermula pada tahun depan, iaitu 1 Januari 2025, merupakan kehendak rakyat Johor dan memberi banyak impak positif kepada kesan ekonomi negeri tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor.” titah baginda. 

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) juga bertitah, penukaran cuti hujung minggu negeri Johor itu telah dirunding dan meminta izin restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat untuk membuat keputusan Johor bercuti pada Sabtu dan Ahad.

“Dengan izin dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pandangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad.” titah baginda. 

Titah baginda juga, masih ada beberapa negeri yang masih kekal bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

Tunku Ismail memaklumkan cadangan berkenaan telah mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Terdahulu, baginda juga mengarahkan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan mufti Johor mengadakan perbincangan berkaitan keputusan terbaru itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Johor sebelum ini telah beberapa kali mengubah cuti hujung minggunya.

Negeri itu melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad kali pertama pada tahun 1994 ketika Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar.

Sumber: Facebook HRH Crown Prince Of Johor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Sosial

Dalam sunyi pagi yang bermula dengan doa dan ditutup dengan kelegaan penuh syukur, sebuah perjalanan panjang akhirnya menemui noktah yang bermakna. Kecekalan, disiplin serta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd