Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Tidak Ada Kebenaran Dalam Hal Ini”- Hrithik Roshan nafi Sebumbung Dengan Kekasih

Bintang Bollywood, Hrithik Roshan menafikan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya, Saba Azad seperti mana yang didakwa netizen sejak kebelakangan ini.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pelakon yang berusia 48 tahun itu di laman Twitternya, dia menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Tidak ada kebenaran dalam hal ini. Sebagai personaliti dikenali ramai, saya mengerti bahawa saya akan berada di bawah radar pemerhatian orang luar. Namun, sebaik-baiknya kita menjauhkan perkara yang salah dan mengelirukan seperti itu,” ujarnya.

Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu tidak pernah menyembunyikan hubungan percintaan mereka kepada umum malah, kerap bertemu dengan media apabila hadir bersama di mana-mana majlis terkemuka.

View this post on Instagram

A post shared by Hrithik Roshan (@hrithikroshan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Hrithik pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas isterinya,  Sussanne Khan pada 2014 namun belum lagi membuat keputusan untuk membina mahligai sekali lagi bersama Saba Azad dalam masa yang terdekat.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Hrithik Roshan (@hrithikroshan)

Sumber: Twitter @iHrithik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memberi penekanan terhadap pembangunan teknologi dan inovasi tempatan sebagai langkah memperkukuh keupayaan pertahanan negara, selain mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi asing....

Nasional

Seramai 1,899 anak muda kini melangkah keluar dari kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan pengalaman baharu, keyakinan diri yang semakin kukuh serta...

Nasional

Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuka ruang kerjasama industri pertahanan antara syarikat Malaysia dan Perancis menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd