Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tiba Di Malaysia, Jackson Wang Dipuji Bantu Peminat Terjatuh Akibat Berasak

Sejak kebelakangan ini kecoh di media sosial apabila ramai bintang terkenal K-Pop datang ke Malaysia bagi mengadakan persembahan buat peminat mereka di negara ini seperti Rain, Hyoyeon SNSD, Kim Jae Joong dan CL.

Tak terhenti di situ, ramai lagi dilaporkan bakal datang mengadakan konsert jelajah mereka seperti Lay Zhang, Super Junior, Lee Min Ho, Kang Daniel, GDIEL dan lain-lain.

Terbaharu, ketibaan idola kesukaan ramai iaitu Jackson Wang disambut dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Pun begitu, ada sebuah video memaparkan penyanyi berusia 28 tahun itu menghulurkan bantuan kepada salah seorang peminat di kawasan lapangan terbang telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan, dilihat Jackson menghulurkan tangannya bagi membantu wanita tersebut bangun akibat terjatuh hasil daripada dengan orang ramai.

Baiknya dia!

Rata-rata peminat memuji tindakannya sudi menghulurkan bantuan terhadap wanita tersebut yang juga merupakan peminatnya.

Amboi, akak polis kemain lagi eh…

Selain itu, ramai memberikan tumpuan kepada tindakan seorang pegawai polis bantuan wanita bertugas yang dilihat tidak melepaskan genggaman tangannya daripada Jackson Wang.

Difahamkan, Jackson akan mengadakan persembahan di Good Vibes Weekender pada malam ini di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Twitter search

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Lokal

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd