Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Rancangan Untuk Perkenal Cukai Baharu Dalam Tempoh Terdekat – MOF

Tiada cukai baharu yang akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam tempoh terdekat, namun buat masa sekarang mahu meningkatkan pematuhan sistem cukai sedia ada, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Memetik laporan Bernama, MOF berkata selain meningkatkan pematuhan, kerajaan juga mahu menambah baik sistem cukai selain melaksanakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Kerajaan tiada rancangan perkenal cukai baharu

Foto: Malaysia Gazette

“Kerajaan terlebih dahulu akan mengambil kira keperluan hasil, kedudukan ekonomi semasa, struktur, batasan dan cabaran sistem percukaian negara secara keseluruhan, ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan dan lebih penting adalah kesan dan kesediaan rakyat,” kata MOF.

MOF menjawab soalan Senator Datuk Seri S. Vell Paari Tun sama ada kerajaan merancang untuk memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat dan sekiranya ada, apa langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan cukai itu tidak membebankan rakyat memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, antara cukai yang dilaksanakan ialah pelaksanaan cukai minimum global yang mulai 1 Januari 2025 terhadap syarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta euro dan kenaan cukai dividen pada kadar 2% mulai tahun taksiran 2025 ke atas pendapatan dividen.

Selain itu, turut dilaksanakan adalah pelaksanaan e-invois mulai 1 Ogos 2024 secara berperingkat kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta dan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) secara berfasa berdasarkan kepada jenis surat cara atau perjanjian.

Tiada Cukai Baharu

Foto hiasan

Dalam pada itu, semakan semula kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan akan bermula pada 1 Mei 2025 dan semakan semula kadar duti eksais ke atas produk minuman bergula pula dijalankan mulai 1 Januari 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MOF berkata kerajaan akan terus memastikan langkah-langkah cukai diumumkan bersifat lebih agresif, mudah ditadbir, tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi, dan pada masa yang sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Dunia

Seorang anggota pasukan pengaman Indonesia yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd