Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Penjualan Saham Babit MAHB Kepada Syarikat Asing Seperti Didakwa – Anwar

Kerajaan menegaskan bahawa tiada sebarang penjualan saham membabitkan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat asing seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menerusi satu laporan Harian Metro, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah pemilikan saham Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam MAHB yang mencatatkan peningkatan daripada 41 peratus kepada 70 peratus.

Foto: Malaysia Gazette

“Adakah kita ada penjualan membabitkan lapangan terbang? Tidak. Eksesais ini hanya melibatkan pengurusan. MAHB itu syarikat yang menguruskan lapangan terbang.
“Lapangan terbang kekal milik Kerajaan Malaysia. Ini sama seperti MAHB diberi izin oleh Kerajaan Turkiye menguruskan Istanbul Sabiha Gokcen International Airport. Kita diberi hak mengurus tapi milik kekal kerajaan Turkiye.
“Jadi, berbeza kita menjual hak Malaysia kepada Zionis Israel. Ini kritikan baik tetapi biarlah berdasarkan fakta,” katanya.

Beliau juga berkata, bakinya sebanyak 30 peratus lagi dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

Beliau yang selaku Menteri Kewangan itu juga berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) tentang keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB kepada GIP.

Sementara itu, mengulas mengenai isu keselamatan yang diajukan Mohd Shahar, Anwar menegaskan bahawa perkara tersebut tidak perlu dibangkitkan kerana ia masih lagi milik kerajaan.
“Faktor keselamatan tidak berbangkit kerana masih milik kerajaan. Keselamatan tanggungjawab kerajaan. Pengerusi syarikat dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) masih rakyat Malaysia,” jelas beliau.

Terdahulu, Mohd Shahar meminta perdana menteri untuk memberikan penjelasan mengenai keputusan Khazanah berhubung penjualan saham MAHB kepada GIP.

Sumber: Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd