Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tiada Paksaan, Lebih 1,000 Ahli BERSATU Jeli Keluar Parti

Seramai lebih 1,000 pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) daripada lapan cawangan di Jeli mengumumkan keluar parti bermula hari ini.

Menerusi laporan Buletin TV3, bekas Timbalan Ketua Cawangan BERSATU Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhammad berkata, keputusan yang dibuat bersama rakan-rakan yang lain itu berdasarkan kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Foto: Bernama

“Bersama saya hari ini termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) BERSATU Jeli, lapan ketua cawangan BERSATU dan Penolong Setiausaha Srikandi BERSATU Jeli mengumumkan perletakan jawatan kami berkuatkuasa serta merta.
“Keputusan ini kami ambil secara sukarela dan tiada paksaan serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
“Sehubungan dengan itu, lapan cawangan dan 18 cawangan srikandi dengan ini mengumumkan pembubaran di cawangan BERSATU terbabit,” katanya hari ini.

Beliau memaklumkan keyakinan mereka terhadap parti berkenaan sudah terhakis selain menyifatkan bahawa ia bukan lagi parti dominan untuk orang Melayu bergantung harap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: suaramerdeka.com.my

“BERSATU dilihat begitu lemah dan ini jelas dalam pemilihan calon PRK DUN Nenggiri dimana BERSATU jelas dipermainkan dan digula-gulakan oleh PAS. Kami amat malu dan tercabar dengan kesilapan percaturan ini.
“Kami melihat Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkarisma dan berdaya maju,” ujarnya.

Rodzi turut memberitahu kesemua mereka masih belum menyertai mana-mana parti namun memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Susulan itu, lapan cawangan BERSATU di Jeli iaitu Lawang, Asahan, Batu Gajah, Kedai Kuala Balah, Legeh, Nibong, Jedak Tua dan Kubur Datu ‘terkubur’ selepas kesemua mereka keluar daripada parti.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Lokal

Berkat mengumpul sampah, seorang warga emas dikenali Jaafar Idrus, 74, berjaya mengumpul dana sehingga RM8,000 bagi menampung kos pembedahan mata kirinya melalui aktiviti kitar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd