Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Laporan Individu Cedera Akibat Benang Melintang Di Lebuhraya SUKE – KP

Polis memaklumkan belum menerima apa-apa laporan berkenaan dakwaan bahawa terdapat seorang individu yang cedera akibat terkena benang melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Ampang Jaya selepas susur keluar Taman Kosas, menghala ke Tol Bukit Teratai.

Menurut satu laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya ada mengesan satu paparan yang dikatakan mempunyai kaitan berkenaan insiden tersebut yang tular di laman sosial sejak semalam.

Foto: Malaysia Gazette

“Paparan itu menunjukkan seorang individu yang menyatakan bahawa dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di lebuhraya itu pada jam 6.30 petang, semalam.
“Sehingga kini, kita masih belum menerima apa-apa laporan berkaitan dengan insiden itu,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak polis berharap mangsa berkenaan dapat memberikan kerjasama sekali gus tampil ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan berkaitan dengan insiden tersebut.

“Sekiranya ada saksi lain bagi insiden ini juga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Mohd Azam turut berkata, pihak Polis Ampang Jaya juga akan mengadakan perjumpaan dengan pengendali lebuh raya SUKE untuk mengambil tindakan lanjut mengenai dakwaan yang dibuat itu.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi tentang insiden itu,” tambah beliau lagi.

Untuk makluman, Lebuhraya SUKE dengan panjang 24.4 km di Kuala Lumpur dan Selangor dibuka pada 16 September 2022 untuk Fasa 1 dari Ulu Klang – Cheras di Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE) manakala Fasa 2 dari Cheras – Sungai Besi.

Sumber: Berita Harian ( Safeek Affendy Razali)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd