Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tiada Konflik Dengan Anwar, Cuma Masalah Komunikasi – Ahmad Samsuri

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan masalah komunikasi merupakan punca sebenar ketiadaan barisan kepimpinan kerajaan negeri sewaktu lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan Berita Harian, Ahmad Samsuri turut menegaskan pihaknya juga tidak mempunyai masalah dalam hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Saya tidak ingin memanjangkan lagi perkara itu kerana kita tidak ada masalah dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) atau pun Perdana Menteri.
“Kerajaan negeri dan kerajaan Pusat tidak ada langsung masalah untuk bekerjasama dan apa yang berlaku ialah masalah komunikasi,”jelasnya.

Susulan itu, Ahmad Samsuri berharap tiada pihak lain cuba mengeruhkan lagi isu berkenaan memandangkan ia hanya masalah komunikasi yang berlaku antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

“Kita telah jadi kerajaan negeri (Terengganu) sejak tahun 2018 lagi, sudah ada pengalaman uruskan tiga Perdana Menteri sebelum ini.
“Semasa Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu, kita dimaklumkan dengan jelas tujuan kedatangan serta siapa atau pihak dilibatkan. (Begitupun), kunjungan Perdana Menteri (Anwar) baru-baru ini, kerajaan negeri (Terengganu) tidak dimaklumkan secara khusus,” katanya lagi.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) Terengganu menyifatkan ketiadaan barisan kepimpinan kerajaan negeri itu biadap dan tidak menghormati tetamu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Ketua Penerangannya, Mohd Sufian Mat Ali berkata, ketiadaan Ahmad Samsuri dan pimpinan kerajaan negeri dilihat seolah-olah meremehkan kunjungan pertama kali pemimpin utama negara itu ke Terengganu selepas dilantik Perdana Menteri.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd