Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Di Semenanjung Hingga Hujung Tahun Ini

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik

Kerajaan telah memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik di Semenanjung bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini melalui kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT).

Tiada kenaikan tarif elektrik

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dengan terus melindungi pengguna domestik melalui subsidi elektrik secara bersasar.

Selain itu, pengguna komersial dan industri pula akan menikmati penurunan kadar surcaj ICPT sebanyak satu sen/kWj bagi tempoh yang sama.

Di samping itu, Petra berkata, Kerajaan juga bersetuju menurunkan surcaj sebanyak satu sen/kWj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan pihak Pihak Berkuasa Tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan berharap agar penurunan kadar surcaj ICPT kepada kategori ini dapat terus mengekalkan kestabilan harga barangan di pasaran di samping menyokong usaha Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan di Malaysia.
“Dan seterusnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan merancakkan ekonomi negara,”menurut kenyataan, hari ini.

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik

Kredit Foto: Carian Google

Petra berkata, secara keseluruhan, jumlah subsidi elektrik bersasar bagi Julai hingga Disember 2024 adalah sebanyak RM2.192 bilion, berbanding RM1.934 bilion untuk enam bulan pertama tahun ini.

“Kementerian percaya bahawa pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar merupakan pendekatan yang terbaik pada masa ini.
“Ia dapat mengurangkan komitmen subsidi  yang mana peruntukan tersebut akan disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan lain kepada rakyat serta membolehkan Kerajaan terus menambah baik infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan menyokong sektor pendidikan negara,”katanya lagi.

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik

Kredit Foto: Carian Google

Semak kelayakan Program Rebat Elektrik RM40

Selain itu Petra berkata, kebajikan golongan berpendapatan rendah juga terpelihara melalui Program Rebat Elektrik RM40 bagi pengguna dalam kategori miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-Kasih, dengan peruntukan RM55 juta bagi tahun 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengguna boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing di laman sesawang https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti berhampiran.

Walaupun tiada kenaikan tarif elektrik di Semanjung bagi tempoh Julai hingga Disember ini, namun pengguna disaran untuk sentiasa menggunakan tenaga elektrik secara berhemah dan mengamalkan amalan cekap tenaga.

” Di bawah Program SAVE 4.0, pengguna boleh menerima e-rebat sehingga RM400 bagi pembelian peti sejuk dan penyaman udara cekap tenaga yang mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST),”menurut kenyataan itu lagi.
Tiada Kenaikan Tarif Elektrik

Kredit Foto: CleanMalaysia.com

Melalui program baharu Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS), pengguna baharu NEM yang mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) pada dan selepas 1 April 2024 akan menerima rebat RM1,000/kwAC sehingga maksimum RM4,000.

Artikel lain: Menjelang 2027, IWK Sasar Hasilkan 21,500 MWh Tenaga Solar PV Setiap Tahun – PETRA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Sukan

Pakaian rasmi kotinjen negara untuk ke pelbagai temasya sukan bukan di bawah kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN). Menerusi...

Sosial

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd