Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Bukti Kes Pedofilia Babit Guru Di MRSM Tumpat – Polis

Polis Kelantan mengesahkan tiada kes pedofilia dan gangguan seksual membabitkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat seperti yang didakwa sebelum ini.

Memetik laporan Kosmo! Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian tersebut di sekolah berkenaan.

Foto: Harapan Madani

“Siasatan selesai selepas kenyataan daripada kedua-dua pihak diambil. Tiada bukti menunjukkan berlakunya gangguan seksual dan pedofilia terhadap mangsa yang kini berusia 24 tahun.
“Guru yang didakwa melakukan perbuatan itu juga mempunyai sikap dan kriteria yang baik. Tetapi, kita tetap menunggu laporan perubatan yang dilakukan ke atas wanita berkenaan,” katanya semalam.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, Zaki menjelaskan pihak polis sudah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia membabitkan guru terbabit.

“Kertas siasatan akan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkait dengan satu hantaran yang dibuat menerusi laman sosial.
“Seramai 14 individu termasuk guru dan pelajar sudah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di MRSM Tumpat di Kelantan bulan lalu,” katanya lagi.

Foto: Vocket

Terdahulu, tular di media sosial mengenai perbuatan seorang guru yang  didakwa terbabit dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat, sehingga mendatangkan trauma dan ketidakselesaan buat pelajar.

Perkara ini mendapat perhatian dari pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali gus membuat siasatan secara menyeluruh berhubung dakwaan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak polis turut campur tangan dalam menyelidiki isu ini dan buat seketika guru terbabit telah digantung tugas sehingga siasatan selesai dilakukan.

Sumber: Kosmo! (Rosmizan Resdi)

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd