Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Theerathon Benam Hasrat Vietnam, Rebut Gelaran Juara Piala AFF 2022

Peranan kapten pasukan  Thailand, Theerathon Bunmathan, 33, dalam perlawanan Akhir Piala AFF Mitsubishi 2022 (AFF 2022) telah membatalkan hasrat Vietnam membawa pulang gelaran juara di mana mereka tewas 0-1 di Stadium Thammasat Rangsit, Thailand sebentar tadi.

Kehebatan Theerathon tidak dapat disangkal lagi apabila dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-24 sewaktu menentang Vietnam

https://www.facebook.com/affmitsubishielectriccup/videos/1229373001220393/

Ini sekali gus menjadikan dia sebagai individu paling bernilai buat pasukannya apabila sekali lagi mempamerkan aksi berkualiti sehingga membuatkan penonton bersorak gembira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jaringan tunggal oleh Theerathon membuatkan pasukan Gajah Perang itu mempertahkan gelaran juara buat kali ke-7 buat Thailand dengan meriah kemenangan 3-2 secara agregat.

Permulaan aksi timbal balik pada kali ini boleh dikatakan agak seimbang dan kedua-dua pasukan seakan mahu memanfaatkan tempoh 20 minit pertama dengan membaca taktikal masing-masing.

Bagaimanapun, Theerathon berjaya merubah tempo perlawanan dan selepas jaringan tersebut dihasilkan, skuad yang dikendalikan oleh Alexandar Polking nyata begitu selesa.

Keselesaan Thailand membuatkan pemain Vietnam terpaksa mengejar bola lebih banyak berbanding mengatur serangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berbaki 30 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, pasukan Gajah Perang yang sudah pun memiliki kelebihan untuk diangkat selaku juara mula dilihat ‘simpan tenaga’ dengan mengendurkan asakan dan mengalih tumpuan kepada tugasan bertahan.

Sumber: Thairath

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd