Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

The Rock ‘Kalah’ Dengan Anak, Pasrah Kuku & Kepala Bertukar Merah Jambu

Pelakon Hollywood, Dwayne Johnson sememangnya bukan asing lagi dalam industri perfileman memandangkan karya-karya yang dibintangi olehnya sering mendapat sambutan luar biasa di seluruh pelusuk dunia.

Dia yang dikenali sebagai bekas penggusti turut dilihat antara selebriti yang tidak lokek berkongsi momen bersama keluarga di media sosial.

Anak perempuan ajak mani-pedi

Terbaru, Dwayne yang lebih dikenali sebagai The Rock telah berkongsi wajahnya yang berwarna merah jambu selepas anak perempuannya cuba ‘mendandan’ pelakon tersebut ketika bermain.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

Mula2 kata cuma kuku, tapi…

Menerusi ruangan kapsyen, The Rock menyatakan yang anak perempuannya berkata bahawa apa yang dilakukan hanyalah manicure apabila mewarnakan kuku pelakon terbabit.

Ternyata, warna merah jambu itu bukan hanya diwarnakan di kuku, tetapi turut di bahagian muka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meeting online cancel!

Ujarnya, dia terpaksa membatal mesyuarat atas talian termasuklah menghabiskan beberapa jam untuk membersihkan kesan gincu di bahagian kepalanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian dari pelakon filem Jumanji itu nyata mendapat pelbagai respon lucu apabila masing-masing terhibur dengan muat naik aktor bertubuh sasa berkenaan.

Mana tidaknya, The Rock yang biasa ditonton dalam filem fighting dan hebat sewaktu bergelar penggusti ‘kalah’ dengan anak-anak perempuannya.

Walau bagaimanapun, perkara sebegini bukanlah kali pertama dilalui oleh The Rock memandangkan sebelum ini dia pernah berkongsi foto sewaktu bermain anak patung bersama anak perempuannya ketika berada di rumah.

Sumber: Instagram Dwayne Johnson

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd