Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

TH Travel-Bank Islam Jalin Kerjasama, Tawar Pembiayaan Tunai Umrah & Haji Patuh Syariah

Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (TH Travel, THTS) mementerai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia (Bank Islam) dengan menawarkan pembiayaan mudah, digital dan patuh syariah kepada mereka yang ingin mengerjakan ibadah umrah dan haji.

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel, Tengku Badlishah Shukri T Ibrahim, kolaborasi antara kedua-dua pihak itu bakal menarik lebih ramai pelanggan untuk mengerjakan umrah mahu pun haji pada tahun ini.

Beliau berkata, kerjasama dengan Bank Islam ini akan membuatkan pelanggan menikmati kemudahan pakej yang ditawarkan mengikut prinsip syariah, khusus Pembiayaan Peribadi-i.

Pembiayaan ini turut menawarkan pelan perlindungan takaful yang akan membantu melunaskan Pembiayaan Peribadi-i pelanggan sekiranya berlaku kematian ketika berada di Tanah Suci.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TH Travel bank islam

Artikel lain: Haji 2024: Semua 25 Syarikat PJH Sedia Pakej Rahmah Bawah RM50,000

Tambah beliau, TH Travel juga mempunyai pengalaman lebih dari 52 tahun dan akan sentiasa mengekalkan rekod cemerlang dalam bidang umrah dan haji.

“Kami berharap dengan tawaran pembiayaan yang berpatutan daripada Bank Islam ini akan dapat merealisasikan impian sebahagian besar umat Islam di Malaysia untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah dan haji melalui pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan THTS.
“Kemudahan yang ditawarkan adalah seiring dengan aspirasi Bank Islam iaitu ‘Urusan Dipermudah, Lebih Tenang Beribadah’,”ujar beliau.

Artikel lain: Andalusia Travel Lancar Pakej Haji 1445H & Brosur Andalusia 2024/2025-1446H

Dalam pada itu, beliau memaklumkan TH Travel turut menyediakan pelbagai pakej pelancongan Islam menarik yang merangkumi lebih 60 destinasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia pastinya berteraskan penyediaan makanan halal, program mesra solat dan berlandaskan syariat Islam.

“TH turut menyediakan perkhidmatan penghantaran dan logistik (import, eksport, domestik, antarabangsa dan kurier), pengurusan penerbangan serta E-dagang,”ujarnya lagi.

Selain daripada produk Pembiayaan Peribadi-i, Bank Islam sebagai hab solusi kewangan Islam bagi jemaah haji turut menawarkan kemudahan lain seperti Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji, akaun pelaburan Al-Awfar, kad kredit-i, produk perlindungan takaful, penulisan wasiat, kemudahan perbankan atas talian dan mudah alih serta tukaran mata wang asing di kaunter ‘Bureau de Change’ Bank Islam.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd