Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Andalusia Travel Lancar Pakej Haji 1445H & Brosur Andalusia 2024/2025-1446H

Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) terus melangkah ke hadapan dengan perancangan jualan dan pemasaran lebih efisien serta holistik dalam menyantuni jemaah Malaysia.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya percaya pakej yang disediakan membantu jemaah merancang perjalanan ibadah masing-masing dengan lebih mudah.

Andalusia Travel lancar pakej haji

“Mengikut tradisi, pakej haji dan umrah daripada Andalusia Travel sangat dinanti-nantikan orang ramai.
Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan umrah dengan berpatutan dan berkualiti kepada masyarakat Islam dengan harapan setiap umat Islam dapat menunaikan kewajipan agama mereka tanpa perlu bersusah payah dan bimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pakej Haji 1445H dan Brosur Andalusia 2024/2025-1446H di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang hari ini.

Artikel lain: Hong Leong Islamic & Andalusia Jalin Kerjasama, Sedia Pembiayaan Patuh Syariah Bagi Umrah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ida berkata pihaknya akan terus komited bagi mengekalkan mutu perkhidmatan selepas menyasarkan kira-kira 80,000 jemaah umrah tahun ini.

“Andalusia Travel akan terus menambahbaik mutu perkhidmatan kepada jemaah umrah yang dianggarkan akan bertambah sehingga mencecah 80,000 orang setahun pada musim umrah nanti.
“Saya bersyukur atas pelancaran ini dengan merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada hadiran dihormati,” ujarnya.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd