Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

TH Teruskan Perkhidmatan Bayaran Dam Dan Qurban Melalui Aplikasi THiJARI

Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan perkhidmatan bayaran Dam dan Qurban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti mana tahun-tahun sebelumnya bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab mereka.

Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, TH akan terus menyediakan kemudahan perkhidmatan bayaran Dam dan Qurban melalui aplikasi THiJARI dan juga melalui kaunter pejabat cawangan di seluruh negara pada tahun ini.

Foto: theleaders-online.com

“Kaedah pembayaran secara atas talian ketika di tanah air lagi pastinya dapat membantu menyenangkan lagi bakal haji berbanding ketika tiba di Makkah nanti,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, bakal haji bagi musim 1445H/2024 boleh membuat pembayaran Dam sebelum ke tanah suci Makkah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bertepatan dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, bakal bakal haji tahun ini yang akan melaksanakan ibadah haji secara Tamattu’ dan Qiran digalakkan untuk melaksanakan bayaran dam pada kadar semasa yang ditentukan sebelum sampai di tanah suci kerana ianya lebih mudah,” ujarnya.

Foto: hellokerja.com

Mohamed Ameen turut mengingatkan kepada semua bakal haji supaya berwaspada dengan sebarang tawaran pembayaran Dam yang mencurigakan daripada agensi pelancongan ataupun mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“TH berasa bertanggungjawab untuk mengingatkan kepada para pendeposit terutamanya bakal-bakal haji untuk menyemak dan memeriksa terlebih dahulu sebarang syarikat penyedia perkhidmatan Qurban atau Dam secara teliti bagi mengelakkan dari terpedaya dengan taktik scammer.
“Sekiranya bakal-bakal haji ingin laksanakan Qurban atau Dam dengan sendirinya, dinasihatkan supaya bakal-bakal haji memastikan syarikat yang
menawarkan perkhidmatan tersebut berdaftar secara sah dan mempunyai pengalaman serta rekod pengurusan pelaksanaan Dam dan Qurban yang baik di tanah suci,” jelasnya.

Sementara itu, pembayaran dam tahun ini ditetapkan pada kadar RM725 bagi seekor kambing atau kibas dimana daging sembelihan ini akan diagihkan kepada penduduk yang layak di Makkah.

Foto: hellokerja.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kadar pembayaran Qurban pula ditetapkan pada RM936 untuk seekor kambing atau kibas dan urusan pengagihan akan dilaksanakan oleh Islamic Development Bank (IDB) kepada penduduk Islam yang layak terutamanya di rantau negara teluk dan benua Afrika yang mana tawaran pelaksanaan Qurban ini turut dibuka kepada semua pendeposit TH.

Pembayaran Dam dan Qurban ini boleh dilaksanakan melalui aplikasi THiJARI bermula hari Isnin, 29 April 2024 ataupun secara bersemuka melalui pembayaran di mana-mana kaunter pejabat cawangan TH di seluruh negara atau boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603 – 6207 1919 dan melalui Faks: +603 – 7728 4959 atau emel [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd