Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

TH Laksana Badal Haji Untuk Jemaah Meninggal Dunia Di Mekah

TH laksana badal haji

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan akan menjalankan badal haji untuk dua jemaah Malaysia yang meninggal dunia setelah terkena serangan jantung pada Jumaat dan Isnin di Mekah.

TH laksana badal haji

TH laksana badal haji

Foto: Kosmo

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun memberitahu, mereka turut menzahirkan rasa simpati setelah  mendengar berita duka yang menimpa Allahyarhamah Norizan Tambonan Nordin, 47, dan Allahyarham Abdullah Mat, 59.

“Kedua-dua jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syariee, di sini. TH akan melaksanakan badal haji buat arwah-arwah pada musim haji tahun ini.
“Kami dan seluruh jemaah haji Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga serta waris selain mendoakan agar segala amal ibadat mereka berdua diterima Allah SWT,” kata Mohd Hisham pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu seramai 141 jemaah haji Malaysia sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan TH dan Hospital Arab Saudi akibat masalah saluran pernafasan, penyakit (ENT) telinga, hidung dan tekak, penyakit tulang dan otot, penyakit kulit dan penyakit gastrointestinal.

“Daripada jumlah tersebut 12 menerima rawatan di Hospital Arab Saudi dengan masing-masing seramai lapan orang di Mekah dan empat di Madinah.
“Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Rawatan TH di Madinah sudah mendapat kelulusan permit (Tasrih) daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi yang diselaraskan oleh pihak Hospital Saudi German,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Raja Salman Dilapor Taja 1,000 Rakyat Palestin Tunai Haji

Semalam media melaporkan, seorang lagi jemaah haji Malaysia, Ariffin Jawah dari Tawau, Sabah disahkan meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung dan Allahyarham merupakan jemaah ketiga yang bakal dilaksanakan badal haji setelah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Malaysia adalah negara ketiga yang diberi kelulusan beroperasi bagi sektor Madinah dan bekerjasama dengan Hospital Saudi German bermula tahun ini bagi memenuhi syarat Kerajaan Arab Saudi, mewajibkan semua rombongan rasmi haji melantik syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan swasta tempatan untuk mendapat kelulusan membuka pusat rawatan dan klinik.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Firdaus Hassan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd