Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tewaskan Hong Kong, Skuasy berpasukan wanita hadiahkan Malaysia pingat emas ke-3

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan skuasy wanita negara kerana merangul pingat emas ketiga Malaysia di Sukan Asia Hangzhou, hari ini.

Pasukan yang terdiri daripada Rachel Arnold, S Sivasangari dan Aifa Azman berjaya menewaskan Hong Kong dengan 2-1 pada perlawanan akhir.

emas ketiga malaysia

Ini sekaligus dapat menembus kekecewaan pada saingan Sukan Asia 2018 apabila mereka di mana mereka kurang bernasib baik memperoleh pingat gangsa.

Sebelum ini, pasukan skuasy lelaki meraih emas, namun tidak pula pada kali ini selepas tewas 2-0 kepada India pada aksi separuh akhir, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, acara individu akan bermula esok dan berharap agar Malaysia akan terus menggondol pingat emas.

Sebelum ini, pemain skuasy negara Aira Azman berharap agar dapat menyumbang pingat emas buat Malaysia menerusi acara berpasukan wanita.

Aira Azman berharap ia akan menjadi hadiah terbaik bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-19 pada 29 September.

Sumber: Astro Awani FB Astro Arena

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd