Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tesla Buka Pusat Servis Kedua Di Pulau Pinang, Tawar Khidmat 24 Jam

Tesla Malaysia (Tesla) mengumumkan telah buka pusat servis terbaharu di Pulau Pinang bagi menampung jumlah pelanggan yang semakin meningkat di wilayah utara Malaysia.

Memetik laporan Bernama, Pengarah wilayah Tesla, Isabel Fan berkata ia akan menjadi pusat servis kedua Tesla di negara ini selepas penubuhan pusat servis pertama di premis yang sama dengan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

“Pusat servis di Pulau Pinang adalah pelaburan kami supaya pelanggan tidak perlu berasa bimbang sekiranya mereka perlu memeriksa atau membaiki kereta mereka,” katanya.

Tesla buka pusat servis kedua di Pulau Pinang

Tesla Buka Pusat Servis Di Pulau Pinang

Foto: Bernama

Fan berkata demikian ketika ditemui pada acara Tesla’s Updates in Penang di Pusat beli-belah Gurney Plaza, George Town pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fan berkata pemilik Tesla jarang memerlukan kenderaan mereka untuk diperiksa di pusat servis kerana kebanyakan penyelesaian boleh disampaikan kepada pelanggan secara dalam talian.

Artikel lain: 99 Speed Mart Sedia Kembang Perniagaan Ke Asia Tenggara Jika Ada Peluang

Katanya, pusat servis yang terletak di Taman Perindustrian Seberang Jaya di Perai itu menawarkan sokongan perkhidmatan 24 jam dan dilengkapi dengan bengkel badan kereta serta cat yang canggih.

Tesla Buka Pusat Servis Di Pulau Pinang

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata bagi menggalakkan mobiliti mampan di wilayah Utara bermula Khamis dan seterusnya, pemilik Tesla baharu boleh menerima penyerahan kereta mereka di Pulau Pinang dan tidak perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk mengambil kenderaan.

“Selama dua hari (12-13 September 2024), kira-kira 25 kenderaan akan diserahkan kepada pemilik Tesla baharu di negeri ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow turut hadir bagi melancarkan Stesen Pengecas V4 pertama Tesla di Pulau Pinang yang terletak di aras letak kereta bawah tanah pusat beli-belah tersebut.

Tesla Buka Pusat Servis Di Pulau Pinang

Foto: Harian Metro

Chow berkata dengan tambahan ini, rangkaian pengecasan Tesla di Malaysia bertambah kepada 12 Stesen Pengecas Super dengan jumlah 56 pengecas serta 13 stesen Pengecas Destinasi dengan 69 pengecas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd