Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tertubuhnya Syarikat Penerbangan Tambang Murah, Polis Siasat Punca Kewangan

Penahanan pengasas bersama sebuah syarikat penerbangan tambang murah baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai memandangkan syarikat berkenaan telah mengantung pengoperasiannya secara tiba-tiba minggu lalu.

Percaya saling berkait

Memetik laporan dari Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan yang punca kewangan milik pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan tambang murah akan disiasat bagi mengenal pasti bagaimana syarikat tersebut boleh tertubuh.

“Siasatan kita tidak terhad. Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh meliputi punca dan perjalanan wang daripada awal sehinggalah penubuhan syarikat penerbangan terbabit.
“Suspek dalam kes ini pernah terkait dengan kes I-Serve (I-Serve Online Mall Sdn Bhd) sebelum ini, dan kemudian menubuhkan syarikat penerbangan, kita percaya ia saling berkait antara satu sama lain,” katanya.

Syarikat pengasas bersama syarikat penerbangan pernah dikenakan penalti

Sekitar September lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap I-Serve Online Mall Sdn Bhd dan enam syarikat lain di bawah Kumpulan I-Serve, kerana menerima deposit tanpa lesen.

Tindakan itu selepas siasatan BNM mendapati operasi syarikat itu melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 .

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengasas bersama syarikat penerbangan ditahan dengan isteri & anak

Difahamkan, pemegang saham dan juga pengasas bersama syarikat penerbangan terbabit telah memegang  31.75 peratus pegangan dalam i-Serve Online Mall pada 13 September lalu.

Merujuk kepada laporan berita semalam, individu yang bergelar Datuk bersama isteri dan anak lelaki mereka ditahan reman empat hari.

Artikel lain: Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan, Anak & Isteri Ditahan Reman

Ramli menyatakan yang kesemua mereka mula direman semalam bagi siasatan yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 57, 55 dan 26 tahun itu telah ditahan kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin di rumah mereka di Shah Alam, Selangor.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Bekas tunang selebriti Indonesia, Lucinta Luna kembali menjadi bualan hangat ramai apabila dia dikatakan bertukar karier baharu sebagai bintang porno selain menawarkan perkhidmatan seks....

Spotlight

Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang bakal melangsungkan perkahwinan di Bali bersama jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana dikhabarkan mendapat restu sepenuhnya daripada...

Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dinobatkan sebagai ‘Bapa Malaysia’ atas sumbangan beliau dalam isu berkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Memetik laporan Harian...

Sukan

Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas dinobatkan sebagai juara Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong, kelmarin. Sivasangari, pemain ranking...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.