Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tertarik Gaya Hidup Muslim, Peninju UFC Australia Peluk Islam

Peninju UFC dari Australia, Jake Matthews memaklumkan dia sudah peluk Islam pada awal tahun ini sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut laporan Code Sports, Matthews yang sudah mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam sukan UFC memberitahu rakan-rakannya tidak menyangka selama ini dia sudah memeluk Islam.

Peninju UFC Australia peluk Islam

Artikel lain: Lagi Influencer Barat Peluk Islam Selepas Kaji Isu Palestin Dalam Al-Quran

“Saya sudah kenali dengan etika dan moral Islam selama bertahun-tahun dan rakan-rakan saya terkejut dengan keputusan ini kerana selama ini mereka tidak menyedari saya sedang dalam perjalanan untuk mempelajarinya selama lebih satu tahun setengah,” ujarmya.

Matthews berkata dia mempunyai ramai kawan Muslim dan pada dasarnya telah menjalani gaya hidup Muslim selama bertahun-tahun tanpa memeluk agama secara rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, dia tidak menjangkakan sambutan positif yang diterimanya dan kini telah menjalinkan hubungan rapat dengan beberapa nama sukan terbesar di Australia dan di UFC.

“Saya kadang-kadang berbual dengan Sonny Bill Williams dan kami sedang berbincang dengan beberapa krew Khabib Nurmagomedov tentang kemungkinan melakukan latihan dengannya,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Matthews meluahkan rasa syukur dengan keputusan memeluk agama Islam serta menzahirkan kata penghargaan kepada individu yang sentiasa menyokongnya selama ini.

Sebelum ini, dua orang influencer barat iaitu Megan Rice dan Abbey Hafez telah memilih agama suci tersebut selepas mengkaji isi kandungan al-Quran mengenai Palestin.

Sumber: Code Sports

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Sosial

Nama Pak Su Tomoi sekali lagi menjadi perhatian sempena perhimpunan RXZ Members apabila kisah kesetiaannya menghadiri acara itu sejak edisi pertama tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd