Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Terpalit Dakwaan Rasuah, Presiden Malawi Pecat Lapan Menteri

Presiden Malawi, Lazarus McCarthy Chakwera memecat lapan menteri ketika rombakan Kabinet pertamanya pada tahun 2023, menurut kenyataan Pejabat Presiden dan Kabinet.

Memetik media antarabangsa, Chakwera mengurangkan jawatan menteri daripada 30 kepada 25, termasuk timbalan menteri. Selain itu, beliau juga mengeluarkan portfolio menteri untuk dirinya dan timbalan Saulos Chilima.

Difahamkan, pembubaran keseluruhan Kabinet Malawi pada tahun lalu adalah disebabkan dakwaan rasuah dalam kalangan menteri.

Antara yang dipecat ialah Menteri Penerangan Gospel Kazako, Menteri Kerajaan Tempatan Blessings Chinsinga, Menteri Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat Patricia Kaliati dan Setiausaha Agung Parti Kongres Malawi Eisenhower Mkaka, yang juga Menteri Alam Sekitar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, beliau telah melantik lapan ahli baharu dan akan berkuatkuasa mulai 31 Januari 2023.

“Pelantikan itu akan berkuatkuasa mulai 31 Januari 2023,”ujar setiausaha Presiden dan Kabinet, Collen Zamba.

Tindakan bijak Chakwera itu mendapat pujian daripada pengulas dan pakat politik kerana dia mengambil langkah untuk mengurangkan anggota Kabinet.

“Kabinet baharu berkurangan sebanyak 13 peratus, dan 40 peratus adalah dalam kalangan wanita yang menunjukkan bahawa beberapa kemajuan sedang dibuat untuk mempunyai Kabinet kecil yang diwakili secara adil,”ujar Humphrey Mvula, seorang pengulas kerajaan.

Terdahulu, Barisan Kabinet awal seramai dianggotai 32 anggota yang dikendali oleh Chakwera menerima kritikan ramai kerana dikatakan dianggotai ahli keluarga.

Bahkan, turut diwakili perwakilan jantina yang tidak sama rata selain terlalu ramai menteri dari daerah asalnya di Lilongwe.

Sumber: AA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd