Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terkena Renjatan Elektrik, Ibu Sayu Lihat Jenazah Anak Lelaki Seolah-Olah Tidur

Seorang wanita, Nur Suraya Abdul Rahman dikejutkan dengan berita anaknya Muhammad Hariyz Akief Noraimi yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik di kawasan bendang di Kampung Tanjung Putus, Kuala Nerang, semalam.

Foto: Utusan Malaysia

“Jasadnya bersih tanpa ada sebarang tanda kecederaan teruk kecuali sedikit kesan di tangan dan kaki, nampak macam dia sedang tidur,” katanya.

Menurut laporan Utusan Malaysia, ibunya mengakui sudah mula merindui selepas kehilangan anak keduanya itu yang disapa Akief dan berasa sunyi kerana mangsa seorang yang sangat ceria dan merupakan penghibur buat keluarganya.

“Biasanya dia pulang ke rumah kira-kira pukul 6.30 petang atau sebelum Maghrib tetapi semalam, dia tidak pulang. Kira-kira pukul 7 petang sewaktu suami baru pulang dari bekerja, kami terdengar bunyi motosikal di luar rumah.
“Saya sangkakan Akief pulang ke rumah tetapi sebaliknya terdengar orang lain memberi salam. Sebaik membuka pintu, terdapat dua rakan Akief yang memaklumkan anak kami terkena renjatan elektrik bersama rakan-rakan lain.
“Lutut terus terasa longlai sebelum saya bersama suami dan anak sulung bergegas ke lokasi kejadian. Di situ kami dapati empat rakan Akief yang turut terkena renjatan elektrik sudah sedar tetapi anak saya masih tidak bergerak,” ujarnya.

Melihat keadaan itu, dia sekeluarga terus mendekati Akief dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo!

Walau bagaimanapun, doktor memaklumkan setibanya di hospital bahawa anak lelaki itu tidak dapat diselamatkan.

“Kami amat terkejut kerana suami beritahu dia sempat melihat anak kami itu tersenyum kepadanya apabila ternampak Akief bersama rakan-rakan, sewaktu dia pulang dari bekerja petang semalam.
“Saya terkenang detik-detik sewaktu kami makan tengah hari berdua semalam, Akief puji masakan saya sedap sedangkan lauk yang dijamu cuma ayam goreng dan sambal belacan. Dia juga sempat cuci motosikal kesayangannya sebelum mengunci rapi sambil menyatakan dia sudah tidak mahu menaiki motosikal itu,” ujarnya.

Jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Putus, selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Terdahulu, mangsa maut manakala empat rakannya cedera akibat terkena renjatan elektrik sewaktu cuba mengait umpan tiruan yang tersangkut di kabel elektrik menggunakan galah aluminium.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Rafie Azimi)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Uncategorized

Nama usahawan terkenal, Prince Syed, kembali menjadi tumpuan selepas tular dakwaan mengejutkan berkaitan isterinya, Fatin Syazwani, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di...

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Sosial

Usahawan dan pempengaruh Prince Syed memaklumkan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan diserang dan dipukul sehinggan menyebabkan kecederaan pada tangan dan wajah. Memetikm laporan...

Lokal

Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia selepas ditembak lapan kali oleh individu dikenali di rumahnya di Golok, Thailand, malam tadi. Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd