Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terjatuh Dari Tingkat 16, Kanak-Kanak 4 Tahun Ditimpa Maut

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, Selangor pada Ahad.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 4.28 petang, ketika ibu bapa kanak-kanak itu sedang tidur.

“Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” katanya.

Foto: Astro Awani

Dalam pada itu, Hafiz berkata, kanak-kanak itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Hafiz turut meminta agar mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan, diminta menghubungi mana-mana balai berdekatan atau IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Skuad kuadran negara muncul juara dunia selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Kuartet...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd