Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Terima Komen Jahat Dan Gangguan Seksual, Agensi HyunA Ambil Tindakan Undang-Undang

Agensi penyanyi rap terkenal Korea Selatan, Kim Hyun Ah atau lebih dikenali sebagai HyunA mengambil tindakan undang-undang terhadap komen negatif termasuk gangguan seksual.

Menerusi portal Koreaboo, AT AREA mengeluarkan kenyataan yang menekankan bahawa pihak HyunA telah mengesan pelbagai komen negatif termasuk gangguan seksual dan penyebaran berita palsu yang menyasar kepada artis di bawah naungan mereka itu.

“Baru-baru ini, kami telah mengenal pasti banyak komen berniat jahat terhadap artis kami HyunA, kami ingin menjelaskan bahawa kami akan mengambil sikap tegas terhadap tindakan ini,” katanya.

Foto : IG HyunA

Dalam kenyataan tersebut, pihak agensi menegaskan bahawa tindakan bakal diambil berhubung dengan kesalahan-kesalahan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya lagi, segala bukti terhadap komen negatif ini akan dipantau dan dikumpulkan demi menjaga integriti selebriti yang bernaung di bawah syarikat mereka.

Agensi kepada penyanyi itu berkata, pihaknya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang bersesuaian sama ada melalui proses sivil atau jenayah terhadap individu yang melakukan perilaku tersebut, dengan bantuan firma guaman.

“Syarikat kami sentiasa memantau dan mengumpul bukti terhadap komen berniat jahat untuk melindungi artis kami. Kami merancang untuk mengambil semua tindakan undang-undang yang mungkin,” ujarnya.

Foto : IG HyunA

Selain daripada berterima kasih di atas sokongan peminat HyunA, AT AREA berkomitmen untuk terus melindungi artis-artis naungannya daripada perkara yang tidak baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, bekas ahli kumpulan 4Minute ini telah menimbulkan kekecohan apabila dia mengumumkan hubungan cintanya dengan bekas anggota Highlight, Yong Jun Hyung di akaun Instagram miliknya, Januari lalu.

Sumber : Koreaboo

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd