Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terima Keputusan Cemerlang, Jemaah Haji Pelajar Raih 8A Dalam SPM

Umum sedia maklum, hari ini merupakan pengumuman keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri dan seramai 10,109 calon SPM 2022 peroleh keputusan semua A dalam matapelajaran.

Tidak terkecuali, Nur Saffiyah Nasuha meluahkan rasa syukur apabila dia menerima dua berita kegembiraan dalam satu masa iaitu dapat mengerjakan haji di usia 17 tahun malah, terima keputusan cemerlang 8A dalam SPM.

Menurut laporan Kosmo, keputusan cemerlangnya itu secara tidak langsung menjadikan Safiyyah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Raub, Pahang.

“Amalan saya ialah fokus dalam kelas dan melakukan kerja rumah yang diberi guru di rumah. Saya tidak memasuki kelas tuisyen dan hanya belajar dengan guru sedia ada di sekolah.
“Saya akan mengaji selepas solat maghrib dan sentiasa berdoa agar diberikan kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan agama. Saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau Kanada,” katanya.

Difahamkan, ibu dan bapanya telah mengambil keputusan itu disekolah sebagai wakil untuk dirinya sebelum menghubunginya sekitar pukul 10 pagi waktu Malaysia bagi memaklumkan berita gembira tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Mohd Turmadzi Madun)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd