Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tergelincir Pijak Minyak, Bekas Pramugara Malaysia Saman Singapore Airlines RM5.9 Juta

Bekas bekas pramugara Singapore Airlines (SIA) warga Malaysia saman syarikat itu lebih S$1.7 juta (RM5.9 juta) selepas mendakwa dia tergelincir akibat terpijak lantai berminyak ketika menaiki pesawat pada 2019.

Bekas pramugara asal Malaysia saman Singapore Airlines

Durairaj Santiran, 36, berkata ketika kejadian dia sedang bertugas sebagai pramugara di atas pesawat A350 dalam penerbangan kira-kira 17 jam dari San Francisco ke Singapura yang dijadualkan mendarat di Singapura pada 6 September 2019.

Dia juga mendakwa bekas majikannya itu cuai kerana membiarkan pekerja bekerja dalam suasatan yang tidak selamat, lapor The Straits Times.

Menurut bekas pramugara tersebut, dia melihat tompokan gris pada lantai dapur kelas ekonomi semasa penerbangan berkenaan. Kira-kira dua jam setengah sebelum mendarat, dia tergelintir pada tampalan gris dan jatuh terlentang lalu kepalanya terhantuk di atas lantai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saman Singapore Airlines

Durairaj, yang bekerja dengan SIA dari April 2016 hingga April 2021, mendakwa bahawa akibat kecederaan pada tulang belakangnya, dia tidak dapat meneruskan kerjaya sebagai pramugara.

Durairaj kini bekerja sebagai penganalisis penjagaan pelanggan di Malaysia.

Tuntutan yang dibuat oleh Durairaj itu termasuk S$1.29 juta (kira-kira RM4.6 juta) untuk kehilangan pendapatan masa depan, S$30,000 (kira-kira RM106,174) untuk kehilangan kapasiti pendapatan dan S$150,000 (kira-kira RM531,070) untuk perbelanjaan perubatan serta pengangkutan masa depan.

Saman Singapore Airlines

“Tuntutannya mendakwa SIA gagal memastikan lantai pesawat bebas daripada sebarang bahan yang mungkin menyebabkan dia tergelincir dan gagal memastikan terdapat sistem pembersihan untuk memastikan lantai selamat,”petik laporan.

Peguamnya, Ramasamy Chettiar dan Kasturibai Manickam, berhujah dalam kenyataan pembukaan mereka bahawa lantai dapur itu licin dan oleh itu tidak selamat.

Syarikat penerbangan nasional itu gagal menyediakan sistem kerja dan tempat yang selamat untuk bekerja serta gagal menangani dengan secukupnya kehadiran tompokan gris, sekali gus menyebabkan kawasan itu menjadi tidak selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya penjagaan yang munasabah dilakukan, tompokan gris itu akan dialihkan atau langkah diambil untuk menghalang akses ke lokasi yang tidak selamat.
“Majikan boleh menghalang akses ke lokasi dengan meletakkan kereta tolak di atas kawasan itu, sebagai contohnya. Fakta bahawa defendan tidak mengambil sebarang ‘langkah pencegahan’ menunjukkan kecuaian defendan kerana sistem kerja tidak mencukupi dan tempat kerja dibiarkan tidak selamat,” kata peguam Durairaj.

Durairaj dalam kenyataan berkata, sebelum kejadian dia sedang meronda dalam pesawat selepas kru pembersihan keluar, sebelum melihat kesan gris di lantai dapur berhampiran ketuhar.

Dia kemudian memaklumkan kepada pegawai atasan mengenai tompokan gris itu sebelum penerbangan berlepas dan diberitahu untuk menanggalkan tompokan gris dengan semburan pembersih serta tuala kertas.

Ketika itu, pintu pesawat ditutup dan Durairaj cuba menanggalkan tompokan gris terbabit, tetapi tidak dapat berbuat demikian dan memaklumkan pegawai atasan yang sama, yang memberitahunya serta kru kabin lain supaya berhati-hati dengan tompokan itu.

Pihak atasan berkata, dia akan membangkitkan isu itu dalam log kecacatan kabin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Habhal’s Bakal Saman Individu, Tuduh Kilang Kicap Kotor Ada Najis Tikus

Di mahkamah semalam, pihak Singapore Airlines mendakwa bahawa “keseluruhan cerita” Durairaj adalah palsu.

Namun, Durairaj menegaskan apa yang didakwanya itu adalah perkara benar.

Sumber: FMT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd