Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tergamak Pukul Isteri Dengan Topi Keledar, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara 15 Bulan

Seorang lelaki menjalani hukuman penjara selama 15 bulan selepas didapati bersalah memukul isterinya menggunakan topi keledar dalam satu kejadian pada 25 Januari lalu.

Menurut laporan BH Online, tertuduh Mohd Shamsuri Rokman Yusuf mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah di Mahkamah Majistret Gua Musang, Kelantan semalam.

Kredit foto; UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berusia 35 tahun itu didakwa sengaja memukul isterinya, Siti Norhashikin Che Mat, 35, menggunakan topi keledar berhampiran kedai makan di Paloh 2, jam 5 petang hari kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam yang mewakili tertuduh, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Ahmad Firdaus Abdul Hamid merayu hukum terhadap anak guamnya dikurangkan kerana menanggung lima anak selain menjaga ibu yang sakit.

https://www.facebook.com/100050579045414/videos/547528920650085/

Terdahulu, tular satu rakaman di media sosial memaparkan suspek yang juga seorang buruh bertindak memukul isterinya dengan topi keledar berwarna merah dipercayai akibat perselisihan faham sebelum ditahan pada petang 28 Januari lalu.

Sumber: BH Online (Paya Linda Yahya), Facebook Oh Melayu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd