Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terengganu Jadi Negeri Tunggal PN Tidak Hantar Atlet Gimnastik Wanita Ke SUKMA

Terengganu satu-satunya negeri di bawah tadbiran Perikatan Nasional (PN) yang tidak hantar atlet gimnastik artistik wanita bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.

Memetik laporan Malaysiakini, tindakan tersebut diambil susulan negeri tersebut mengharamkan penyertaan wanita khususnya beragama Islam dalam sukan gimnastik atas faktor pakaian yang tidak patuh syariah.

Terengganu tidak hantar atlet gimnastik wanita ke SUKMA

Gambar hiasan

Namun begitu, langkah tidak menghantar atlet gimnastik wanita tidak diambil oleh tiga lagi negeri PN iaitu Kelantan, Kedah dan Perlis walaupun negeri ini dikuasi pemimpin dan menteri besar PAS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Presiden Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT) Abdul Razak Mat Amin bagaimanapun mengesahkan Terengganu akan menghantar atlet lelaki bagi semua kategori untuk menyertai SUKMA yang diadakan di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos nanti.

“Hanya enam atlet gimnastik lelaki akan mewakili Terengganu mengikut jumlah maksimum yang dibenarkan untuk SUKMA,” katanya.

Foto: Malaysiakini

Sementara itu, Kedah menghantar 12 atlet gimnastik untuk mengambil bahagian pada kejohanan sukan dwitahunan itu, dengan masing-masing enam orang atlet lelaki dan wanita.

Artikel lain: SUKMA 2024: Bryan Hadiahkan Melaka Emas Pertama Dalam Acara Wushu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengurus pasukan gimnastik Kedah Mohammad Irwan Shafiee berkata penyertaan kali ini menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat gangsa iaitu melalui atlet lelaki yang dilihat berpotensi.

“Jika ikut rekod SUKMA yang lepas kami belum tuai sebarang pingat, jadi untuk tahun ini kami berharap sekurang-kurangnya dapat sumbangkan satu gangsa pingat daripada atlet,” ujar Irwan.

Dalam pada itu, Pengurus kontinjen Kelantan, Ardy Zamani memaklumkan negara itu telah menghantar lapan atlet bagi acara gimnastik artistik termasuk dua wanita.

Foto: Stadium Astro

Bagi kontinjen Perlis pula, Pengarah Majlis Sukan Perlis, Mohd Azraai Zain Tusimin pula mengesahkan kontinjen itu menghantar enam atlet gimnastik lelaki dan tiga atlet gimnastik wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, kali terakhir Terengganu menghantar atlet gimnastik wanita ialah pada SUKMA 2022 melalui Tok Exin yang kini sudah meninggalkan sukan itu.

Terdahulu, media melaporkan beberapa atlet gimnastik wanita yang mewakili Terengganu melahirkan rasa kecewa susulan langkah itu namun mereka dicadangkan bertukar ke acara sukan wushu.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd