Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terbabit Dalam Kes Jenayah, Tiga Individu Maut Ditembak Di Sabah

Tiga individu maut ditembak selepas berlakunya insiden berbalas tembakan dengan polis di Beverly Hill, Penampang pada pukul 9.13 malam tadi.

Menurut laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Datuk Azmi Abdul Rahim berkata, bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, pihaknya menyerbu sebuah apartment di tingkat satu.

Foto:Berita Harian Online

“Ketika serbuan dilakukan, berlaku insiden tembak menembak antara ketiga-tiga suspek dan juga pasukan serbuan. Bagaimanapun, anggota polis berjaya menembak mati ketiga-tiga penjenayah berkenaan,” katanya pada Selasa.

Azmi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan ketiga-tiga penjenayah berkenaan dipercayai turut terbabit dalam beberapa kes jenayah termasuk kes bunuh di Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepasukan anggota Unit Forensik IPK Sabah turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd