Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tentera Israel Diserang Demam Panas, Cirit-Birit Akibat Keracunan Makanan

Pasukan tentera Israel bertempur di Gaza, Palestin diserang demam panas dan cirit-birit akibat keracunan makanan, lapor The New Arab menerusi portal media Israel, Yedioth Ahronoth.

Menurut laporan, banyak restoran dan individu menyumbangkan bahan makanan kepada tentera Israel yang mungkin tercemar semasa penyediaan, pengangkutan atau penyimpanan sejak serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu.

Ketua Unit Penyakit Berjangkit Hospital Universiti Assuta Ashdod, Tal Brosh mengesahkan, wabak penyakit itu menular disebabkan penyimpanan, pengangkutan dan penyediaan makanan yang tidak betul.

Katanya, ia menyebabkan peningkatan penyakit pencernaan, cirit-birit yang teruk dan demam dalam kalangan tentera Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Cirit-birit telah merebak dalam kalangan tentera Israel di selatan, di kawasan perhimpunan dan sebelum kemudian merebak kepada tentera yang bertempur di Gaza,”kata Tal Brosh.

Israel cirit-birit

Tambanya, mereka dilaporkan diserang jangkitan bakteria Shigella sehingga menjejaskan kesihatan tentara dan pelaksanaan operasi peperangan.

“Kami diagnosis jangkitan bakteria Shigella yang menyebabkan gastoenteritis, penyakit yang sangat berbahaya dan merebak dalam kalangan tentera di Gaza.
“Jangkitan bakteria Shigella berlaku melalui sentuhan langsung antara individu atau melalui makanan,” tambah Brosh.

Katanya lagi, sekiranya jangkitan itu merebak dalam kalangan 10 tentera sehingga menyebabkan demam sehingga 40 darjah Celcius, mereka mula mengalami cirit-birit setiap 20 minit.

Ia sekali gus menyebabkan mereka tidak lagi cergas untuk bertempur dan terdedah kepada risiko kematian.

Israel cirit-birit

Sementara itu, doktor di Hospital Nasser di bandar Khan Younis, selatan Gaza, Asem Mohammed berkata, penularan penyakit itu juga berlaku dalam kalangan orang awam.

“Persekitaran di sekeliling hospital dipenuhi dengan penyakit berjangkit seperti jangkitan kulat, jangkitan kulit, radang paru-paru dan masalah epidemiologi,” katanya seperti dipetik Agensi Anadolu.

Jelasnya, kesesakan padat mewujudkan keadaan yang menggalakkan penyebaran penyakit berjangkit.

Malah, keadaan semakin buruk apabila kekurangan peralatan perubatan dan akses terhad kepada air bersih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Rumah Diserbu, Israel Mahu Roboh Kediaman Imam Masjid Al-Aqsa

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd