Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Bomba Ralat Tak Dapat Selamatkan Rumah Sendiri, Reda Tinggal Sehelai Sepinggang

Seorang anggota bomba yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Jambu Merah, Melor meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat membantu menyelamatkan rumah kediamannya.

Tak dapat selamatkan rumah

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian tengah hari itu, rumah didiami Mohd Alifudin Ahmad, 37, bersama isteri dan empat anaknya musnah sepenuhnya, menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Mohd Alifudin yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Tumpat berkata, dia menyedari rumahnya terbakar sebaik pulang dari masjid selepas menunaikan solat Jumaat yang lalu bersama dua anaknya berusia sembilan dan 12 tahun.

Menurutnya, sebaik dalam perjalanan pulang, dia melihat orang ramai berkumpul sebelum menyedari api sedang marak dari rumahnya, lalu dia bergegas berlari ke arah kediaman kerana bimbangkan isteri dan dua lagi anak kecilnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebaik tiba, syukurlah mereka selamat dan dalam keadaan api sedang marak, saya menerpa masuk ke garaj untuk membawa keluar tiga motosikal kerana sebagai anggota bomba, saya tahu tahap mana kawasan mana boleh dimasuki.
“Bagaimanapun, rumah kami gagal diselamatkan dan jika saya ada ketika kejadian, Insya-Allah kebakaran mampu dielakkan tapi sudah takdir, kami reda sajalah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Mohd Alifudin turut berkongsi bahawa ketika kejadian, isterinya, Nik Noor Fatihah Nik Man, 37, berada di dalam bilik bersama dua anak mereka berusia lima dan dua tahun sebelum terdengar beberapa letupan kecil dari ruang tamu.

Jelasnya, isterinya kemudian keluar untuk memeriksa keadaan sebelum mendapati api sudah marak di bahagian kotak fius. Dalam keadaan panik, isterinya segera membawa keluar dua anak mereka dari rumah.

“Isteri sempat mengambil sejumlah wang milik ibu mentua untuk urusan jual beli tanah yang disimpan di dalam bilik manakala wang tabung empat anak bernilai RM3,000 hangus,” jelasnya.

Sebelum itu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, El Taraf Mohd Zachariah yang hadir menyampaikan sumbangan daripada Unit Kebajikan bomba serta derma kakitangan bomba di negeri itu.

Artikel lain: Kebakaran Di Sandakan: Anggota Bomba Luah Kecewa, Dicemuh Ketika Jalankan Tugas

Advertisement. Scroll to continue reading.

El Taraf berkata, pihaknya juga mempertimbangkan penempatan kuarters bomba serta penugasan di BBP terdekat iaitu Ketereh untuk Mohd Alifudin, manakala bantuan lain akan menyusul.

“Kami juga akan bantu membuat permohonan di bawah Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB), yang memperuntukkan sumbangan sehingga RM50,000 maksimum untuk anggota yang ditimpa bencana,” tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Rohana Idris)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd