Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Tengoklah Anak Kita Dah Besar!” -Tahun Ketiga BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair

Cinta penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau biasa disapa BCL terhadap allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair tidak pernah pudar.

Saban tahun, dia dan anaknya, Noah Sinclair pasti akan menziarahi pusara allahyarham di setiap hari ulang tahun dan juga tarikh pemergian Ashraf.

Ziarahi pusara Ashraf

Untuk tahun ketiga, BCL telah memuat naik momen menziarahi pusara insan paling dicintainya dengan menabur bunga dan menyedekahkan ayat suci al-Quran kepada arwah.

Menerusi kapsyen ringkas, dia seolah-olah bermonolog kepada allahyarham suami dengan mengatakan yang anak mereka sudah besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penyanyi lagu wanita Terbahagia itu juga sempat berkongsi qoutes berkenaan kehilangan orang tersayang namun tetap bangkit demi meneruskan kehidupan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Ashraf Sinclair telah meninggal dunia pada 18 Februari 2020 apabila tidak sedarkan diri setelah dibangunkan sewaktu sedang tidur.

Allahyarham yang meninggal diusia 40 tahun telah bernikah dengan BCL pada 8 November 2008 dan menetap di Jakarta. Ashraf juga turut membintangi beberapa sinetron dan filem ketika berada di negara Indonesia.

Sumber: Instagram Bunga Cita Lestari

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd