Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Bongkar Kartel Tender Tentera Darat, 17 Pengarah Syarikat Direman

Seramai 17 pengarah syarikat direman selama lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Tender Tentera Darat

SPRM siasat kartel tender Tentera Darat

Menerusi kenyataan dari TikTok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut SPRM, kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20-an hingga 60-an yang ditahan antara jam 8.30 hingga 11.30 malam Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kesemua pengarah syarikat terbabit disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan Tentera Darat Malaysia sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan melibatkan TDM.
“Penahanan tersebut dibuat hasil risikan berhubung kewujudan kartel yang dipercayai menguasai beberapa tender perolehan berkaitan Tentera Darat,” menurut kenyataan SPRM.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

Media sebelum ini melaporkan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bercuti berkuat kuasa serta-merta pada 27 Disember lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilaporkan.

Artikel lain: SPRM Dedah Ada Individu Lain Terbabit Rasuah Libatkan Pegawai Kanan Tentera Darat

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan langkah pentadbiran itu diambil bagi memastikan proses siasatan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan, selain memaklumkan SPRM telah memulakan siasatan terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat sejak 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber memaklumkan fokus siasatan tertumpu kepada projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan menegaskan semua siasatan dijalankan secara bebas serta profesional berdasarkan fakta dan bukti.

Sumber: TikTok sprm.malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd