Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kolaborasi Besar! Malaysia Tempah 30 Pesawat Boeing 737 MAX Untuk Masa Depan

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bersama Menteri MITI, YB Senator Tengku Zafrul Aziz, Menteri Pengangkutan, YB Tuan Anthony Loke Siew Fook, serta Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Datuk Captain Izham Ismail.

Malaysia Tempah 30 Boeing

Sejurus selepas pengumuman tersebut, National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) menerima kunjungan hormat daripada Boeing. Ketua Pegawai Eksekutif NAICO Malaysia, Ts. Shamsul Kamar ABU SAMAH, bersama pasukannya, menyambut The Hon. Dr. Brendan Nelson AO, Presiden Boeing Global, bersama Ms. Penny Burtt, Presiden Boeing Asia Tenggara, serta Ms. Sharmine Tan, Peneraju Dasar & Kelestarian Serantau – Asia Tenggara.

Dalam pertemuan berkenaan, NAICO Malaysia berkongsi usaha mereka dalam menyokong industri aeroangkasa negara melalui pembangunan bakat, pengukuhan rantaian bekalan, dan pemerkasaan Penyelidikan & Teknologi (R&T) menerusi Pusat Kecemerlangan MyAERO.

Dr. Nelson turut dijemput untuk melawat MyAERO Centre yang sedang melatih jurutera dari Turkish Aerospace Malaysia menerusi Program Iltizam Usaha Insan di bawah Belanjawan MADANI 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia Tempah 30 Boeing

Difahamkan, NAICO Malaysia mengiktiraf inovasi dan kelestarian menerusi inisiatif R&T adalah kunci utama dalam membentuk masa depan industri aeroangkasa negara.

Oleh itu, kerjasama dengan Boeing dijangka akan terus diperkukuh dengan fokus kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi, pengembangan keupayaan rantaian bekalan, serta menyokong usaha dekarbonisasi penerbangan.

Tempah 30 Pesawat Boeing

Menerusi pertemuan itu juga, Boeing dilihat menunjukkan komitmennya terhadap Malaysia dengan pemerolehan penuh ACM pada Disember 2023, yang kini dijenamakan semula sebagai Boeing Composites Malaysia.

Langkah ini selaras dengan aspirasi yang digariskan dalam Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 (MAIB 2030) serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd