Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tegaskan Hutang Wajib Dibayar, Asyraf Wajdi Tiada Hak Lupuskan Hutang MARA

Asyraf Wajdi Tiada Hak Lupuskan Hutang MARA

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan hutang wajib dibayar dan beliau tiada mempunyai hak untuk lupuskan hutang terhadap agensi itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi tidak mahu ada individu yang merayu kepadanya untuk melupuskan hutang kerana tanggungjawab beliau adalah untuk menjaga amanah rakyat.

Asyraf Wajdi tiada hak lupuskan hutang MARA

Asyraf Wajdi Tiada Hak Lupuskan Hutang MARA

“Hutang wajib dibayar! Usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang. Saya menjaga amanah wang rakyat dibawah MARA, bakal dipersoal Allah kelak!” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap peminjam.

Tegasnya, MARA tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas mahupun memilih bulu dalam mengambil tindakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“MARA tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan.
“MARA terikat dengan prosedur dan prose ketat menurut lunas undang-undang. Malah sebelum apa jua tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘ihsan’ juga diutamakan.
“MARA memberi ruang kepada peminjam bermasalah untuk datang ke agensi ini untuk berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” ujarnya.
Asyraf Wajdi Tiada Hak Lupuskan Hutang MARA

Tambahnya, sekiranya peminjam culas atau sengaja tidak membayar hutang walaupun berkemampuan, MARA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Artikel lain: Kutipan Meningkat, PPZ-MAIWP Terima Zakat Perniagaan RM27.6 Juta

“Namun jika semua usaha ini masih culas, sengaja tidak mahu membayar walaupun berkemampuan bahkan boleh pula memperagakan kemewahan di media sosial, MARA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan.
“Bermakna tindakan perundangan adalah jalan terakhir untuk memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula,” tegasnya.

Kenyataan ini dipercayai berkait rapat dengan serbuan yang dilakukan MARA terhadap rumah pelakon, Rozita Che Wan di Kota Damansara, Petaling Jaya pagi tadi susulan kegagalan selebriti itu membayar pinjaman berjumlah RM1 juta.

Asyraf Wajdi Tiada Hak Lupuskan Hutang MARA

Difahamkan, aktres itu dikatakan pernah berusaha bertemu pengurusan tertinggi MARA dalam usaha menyelesaikan masalah hutang tertunggaknya itu.

Sekadar info, hari ini kediaman Rozita diserbu pegawai dan anggota MARA dan menurut sumber, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan MARA menilai barangan di kediaman aktres itu bagi tujuan penyitaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bersama lima warga Pakistan nekad terjun sungai bagi membantu kira-kira 30 penduduk Kampung Tengah yang terkesan dengan...

Nasional

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip di Putra...

Lokal

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online. Difahamkan, peniaga belon...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd