Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

‘Teaser’ Squid Game 2 Buat Netizen Tak Keruan – “Akhirnya, Selepas Tiga Tahun Tunggu!”

Platform penstriman terkenal, Netflix yang melancarkan teaser pendek drama bersiri popular, Squid Game 2 baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi teaser yang dimuat naik oleh Netflix di laman TikToknya, pihaknya memberitahu Squid Game 2 bakal ditayangkan pada tahun ini namun, tarikh tayangan masih belum dimaklumkan secara rasmi.

Teaser Squid Game 2

@netflix

SQUID GAME. SEASON 2. Coming this year.

♬ original sound – Netflix – Netflix

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, kelihatan pelakon utama iaitu  Lee Jung-jae berambut merah sedang bercakap telefon dengan seseorang dalam nada ingin membalas dendam kepada seseorang.

Difahamkan, Lee Jung-jae yang memegang watak sebagai Sung Ki-hoon membatalkan hasratnya untuk pergi ke Amerika Syarikat kerana ingin mengejar matlamat selepas dikaitkan dengan permainan maut yang dimenanginya dalam musim pertama.

Artikel lain: Lee Jung-Jae Minta Netflix Bayar RM4.6 Juta Untuk Setiap Episod ‘Squid Game 2’

Sebelum ini , Netflix pernah mendedahkan barisan pelakon baharu untuk drama bersiri tersebut iaitu Im Si-wan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Park Gyu-young, Lee Jin-wook, Kang Ae-shim, Lee David, Jo Yu-ri, Won Ji-ahn, Noh Jae-won dan T.O.P (Choi Seung-hyun).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai yang tak sabar!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen di seluruh dunia meluahkan rasa teruja malah ada juga yang merayu agar Netflix mendedahkan tarikh sebenar tayangan drama yang pernah mencetuskan fenomena itu.

Terdahulu, Lee Jung-jae pernah pernah mengejutkan ramai apabila dia meminta bayaran lebih RM4.6 juta ($1 milion) untuk setiap episod Squid Game 2.

Sumber: TikTok @Netflix

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd