Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Taylor Swift Hadir ‘Support’ Persembahan Komedi Ramy Youssef

Selebriti terkenal Hollywood, Taylor Swift dilaporkan hadir persembahan komedi Ramy Youssef di New York City pada 8 Disember lalu bersama rakan artis yang lain lalu telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut laporan Daily Mail, semua hasil tiket untuk pertunjukkan tersebut akan disalurkan sepenuhnya untuk bantuan kemanusiaan di Gaza.

Difahamkan, bintang pop Shake It Off yang berusia 33 tahun itu dilihat meninggalkan Akademi Muzik Brooklyn selepas persembahan pelawak Ramy Youssef.

Taylor Swift hadir persembahan komedi

Artikel lain: Sindir Genosid Gaza? Zara Tarik Balik Kempen Iklan -“Hanya Salah Faham”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Youssef berketurunan Mesir mengumumkan semua hasil daripada 12 malam terakhir lawatan More Feelingsnya akan disalurkan kepada Bantuan Pelarian Timur Dekat Amerika (ANERA).

Pelawak yang lantang bersuara mengenai gencatan senjata di Timur Tengah berkata badan amal itu berfungsi untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Sebelum ini, Selena Gomez yang dahulunya bersama dengan Gaza kini memilih untuk neutral tanpa menyokong mana-mana pihka.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Single Soon itu juga memberitahu mahu ‘berehat’ daripada media sosial berikutan hatinya terkesan dengan segala paparan ngeri yang tidak henti berlegar di media sosial terutama mengenai keganasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Daily Mail

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd