Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tawaran Sanusi Jual Bekalan Air Bersih Ditolak Kerajaan Pulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang telah menolak tawaran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor untuk menjual bekalan air bersih kepada Nibong Tebal terutama di kawasan Sungai Bakap yang dilaporkan sedang menghadapi isu air buat masa ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyarankan agar Sanusi memberi perhatian kepada negeri di bawah pimpinannya terlebih dahulu sebelum memberi tawaran tersebut memandangkan kawasannya menghadapi lebih banyak masalah bekalan air.

Foto: Bernama

Meskipun beliau tidak menafikan bahawa Pulau Pinang sedang menghadapi isu air di beberapa kawasan, namun Chow dengan yakin menyatakan keselamatan bekalan air bersih di negeri tersebut masih terjamin secara keseluruhannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita akui di Pulau Pinang (berdepan masalah air) disebabkan peningkatan ekonomi industri dalam beberapa tahun ini, kita memang menghadapi cabaran pembekalan yang mencukupi setiap masa.
“Ini kerana permintaan sudah meningkat dengan mendadak, lagi pun kita ada kadar tarif yang paling rendah dan kadar penggunaan yang paling tinggi dalam negara, jadi kita perlu memahami cabaran ini,” katanya ketika berucap pada Ahad.

Sementara itu, Chow yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang itu berkata, sebanyak lapan projek telah berjaya dilaksanakan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebagai langkah untuk memulihkan bekalan air di kawasan terkesan termasuk Sungai Bakap menjelang 2028.

Tambahnya lagi, selain satu Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Dua akan disiapkan pada September ini, kerajaan negeri turut merancang untuk membina satu lagi LRA di tepi Sungai Muda.

Foto: Suara TV

“Kita akui ada cabaran tapi kita tidak elak dari tanggungjawab sehingga Ketua Menteri yang juga Pengerusi PBAPP berani membincangkan isu air ini di Sungai Bakap pada malam ini.
“Kalau orang lain mungkin tak berani mai sampai Sungai Bakap untuk menghadapi rakyat yang terkesan dengan masalah air di negeri ini.
“Tapi kita tak akan lari dari tanggungjawab, apabila ada masalah kita mencari ikhtiar, mencari penyelesaian dan melaksanakan projek-projek untuk menambah baik bekalan air, bekalan elektrik, perkhidmatan IWK dan juga projek-projek jalan untuk mengatasi masalah lalu lintas di negeri ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chow menyeru penduduk Sungai Bakap untuk menolak kempen menyentuh sensitiviti agama dan kaum seperti dilakukan oleh Pengarah Pilihan Raya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dianggap memainkan sentimen perkauman walapun dalam isu air di negeri ini.

“Saya dimaklumkan ketika beliau berada di Sungai Bakap pada pelancaran jentera PN Sabtu lalu antara ucapan yang disentuh ialah mengapa isu kekurangan bekalan air, kurang tekanan air berlaku di Sungai Bakap iaitu satu kawasan yang majoriti Melayu dan bukannya di Tanjong.
“Kita semua tahu dalam masalah air ini ia bukan isu perkauman tetapi mereka sengaja nak mainkan,” jelasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Iskandar Othman)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd