Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tanpa Berpakaian, Pasangan Kekasih Ditemui Maut Dalam Kereta

Seorang lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan kekasih ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta disyaki terhidu gas karbon monoksida.

Menurut laporan Tribun News, identiti mangsa lelaki dikenali dengan inisial ZF berusia 22 tahun, manakala mangsa wanita dikenali sebagai WNP, 24 tahun, dan kedua-duanya berasal dari Banda Aceh, Indonesia.

Difahamkan juga, mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh penduduk setempat dalam keadaan tanpa berpakaian di dalam sebuah kereta mewah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penduduk setempat menemui mangsa ketika enjin kereta masih hidup, tingkap serta pintu kereta juga tertutup rapat dalam keadaan pendingin hawa masih dipasang.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah, Fadillah Aditya Pratama, hasil siasatan mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh terhidu gas karbon monoksida.

“Betul, disyaki ia berpunca daripada terhidu udara atau gas beracun dari dalam kereta,” katanya.

Jelasnya lagi, kes tersebut tiada unsur jenayah memandangkan tidak ada sebarang kesan kecederaan pada anggota kedua-dua mangsa dan  barangan berharga seperti beg tangan dan telefon bimbit turut ditemui di dalam kereta.

Mayat sudah diserahkan kepada kedua-dua ahli keluarga memandangkan mereka tidak mahu melakukan bedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tribun News

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd