Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tanggungjawab Majikan Sedia, Serah Penyata Saraan EA & EC Sebelum 29 Februari Ini

Majikan bertanggungjawab dalam menyediakan dan menyerahkan penyata saraan EA (sektor swasta) dan EC (sektor kerajaan) pekerja bagi tahun 2023 kepada pekerja sebelum atau pada 29 Februari ini.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), berdasarkan peruntukan subseksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), majikan bertanggungjawab untuk menyedia dan menyerahkan Borang C.P. 8A (EA) / C.P.8C (EC) atau penyata saraan EA dan EC dengan lengkap setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan kepada semua pekerja.

“Ini membolehkan pekerja atau pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka melapor pendapatan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada LHDNM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LHDNM berkata, kegagalan majikan melaksanakan tanggungjawab ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b) ACP 1967 yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi tujuan rujukan, para majikan boleh mencapai Nota Penerangan E 2023 melalui Portal HASiL www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Majikan atau pautan pantas seperti berikut: https://www.hasil.gov.my/media/4jjh00qh/nota-penerangan-e-2023.pdf.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh hubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd