Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tandatangani MoU Dengan AMAL, Andalusia Sedia 30,000 ‘Seat’ Bagi Musim Umrah 1446H

Syarikat pengendali ibdah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd bekerjasama dengan AMAL by Malaysia Airlines menerusi tandatangani memorandum persefahaman (MoU) sekali gus menyediakan 30,000 tempat duduk bagi musim umrah 1446H (2024/2025).

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, kerjasama dengan penerbangan AMAL akan diteruskan dari tahun ke tahun.

Ida berkata, kontrak perjanjian kali ke-11 ini melibatkan 77 penerbangan kapal penuh FBS dengan kapasiti 283 kerusi setiap kapal manakala SBS berkapasiti 90 kerusi setiap kapal.

Difahamkan, perjanjian tersebut telah memperuntukkan kos hampir RM100 juta untuk pembelian kerusi sebanyak 30,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kepercayaan diberikan kepada Malaysia Airlines kerana syarikat tersebut merupakan kebanggaan negara.
“Mereka pernah bersusah sama-sama semasa zaman pandemik COVID-19 apabila berlakunya isu tersangkut dengan tempahan dan pembayaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penerbangan Malaysia Airlines A330-200 Musim Umrah 1446H (2024/2025M) di ibu negara, hari ini.

Malah selain daripada menerima maklum balas positif, Ida menyatakan bahawa syarikat penerbangan terbabit telah menepati segala keperluan jemaah.

“Kesesuaian itu sentiasa ada, apa yang mereka beri menepati keperluan dan diterima oleh semua jemaah.
“Saya lihat Malaysia Airlines akan menjadi pilihan utama kerana jemaah akan meluru kepada syarikat ini untuk memilih tarikh-tarikh yang terbaik bagi mengerjakan ibadah umrah,” ujarnya.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd