Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tanah Runtuh Taman Melawati: Punca Longkang Tersumbat – Amirudin Shari

Kejadian tanah runtuh ekoran banjir di Taman Melawati dipercayai berpunca daripada longkang tersumbat di bahagian atas bukit di Jalan G2, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, limpahan air dari longkang yang dipenuhi dengan batu dan tanah menyebabkan berlaku gelinciran tanah hingga menyebabkan tanah runtuh di Jalan E6.

Foto: Facebook Amirudin Shari

Amirudin berkata, limpahan air dari longkang yang tidak diselenggara itu bukan hanya terjadi pada Selasa, sebaliknya telah berlaku sejak beberapa hari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Benar, terdapatnya longkang yang tersumbat oleh batu dan tanah hingga menyebabkan berlakunya limpahan sejak beberapa hari lalu.
“Namun semalam (Selasa) dijangkakan amat luar biasa disebabkan hujan lebat dalam tempoh yang panjang,” katanya pada sidang akhbar di sekitar lokasi kejadian pada hari ini.

Beliau berkata, kawasan longkang di bahagian atas bukit masih lagi di bawah kawal selia pihak pemaju atau pemilik tanah pada masa ini.

 

Foto: Facebook Amirudin Shari

Jelas beliau, pihaknya sudah mengeluarkan notis supaya pihak terbabit dapat melakukan penyelenggaraan dan mengemaskini tanah serta laluan di atas bukit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan siasatan kita, tiada sebarang kerja-kerja pembangunan sedang dilaksanakan di atas bukit yang menyebabkan gelongsoran tanah.
“Bagaimanapun terdapatnya kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh pemilik tanah yang membeli lot tanah dari pemaju dan perkara itu juga sedang disemak,” ulasnya.

Menurutnya, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga sudah mengarahkan kepada pemaju dan pemilik tanah untuk tidak melakukan sebarang kerja-kerja pengubahsuaian atau pembinaan sehingga laporan penuh siasatan dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berhubung kejadian tanah runtuh tersebut.

Foto: Malaysia Tribune

Kawasan atas bukit berkenaan dimiliki oleh pemaju yang kemudian menjual puluhan lot tanah kepada pembeli yang berminat untuk mendirikan kediaman.

Tambah Amirudin, beliau menerusi MPAJ juga sudah mengarahkan pemaju untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap longkang, laluan serta persekitaran atas bukit berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya juga dimaklumkan bahawa kawasan itu turut menjadi tumpuan untuk penduduk sekitar melakukan aktiviti riadah dan joging.
“Kita menutup tempat ini untuk sementara waktu sehinggalah JMG dapat merumuskan bahawa kawasan ini benar-benar selamat,” katanya.

Foto: Facebook Amirudin Shari

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjangkakan kesemua penduduk yang mendiami tujuh daripada 20 unit kediaman di Jalan E6, boleh kembali ke kediaman mereka antara dua hingga tiga hari lagi.

“Kita jangkakan mereka akan kembali tidak lama lagi selepas keadaan di sini benar-benar disahkan selamat.
“Kita sudah memasang kanvas dan akan membina tembok penghadang bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.” ujarnya.

Selain pembinaan ban sementara, kerajaan negeri juga jelasnya akan membuka Pusat Kawalan Bencana Negeri dan Daerah selama 24 jam sehari.

Ia bagi memudahkan jawatankuasa berkaitan melakukan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko banjir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai digesa agar sentiasa mengendalikan sampah-sarap di sekitar rumah dengan cara yang betul khususnya longkang agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua beranak berdepan pertuduhan berasingan melakukan maksiat iaitu persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing menerusi prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu...

Dunia

Penyanyi wanita, Chayada Prao-hom dilaporkan meninggal dunia dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand, pada Ahad....

Lokal

Polis menyerbu sebuah restoran barbeku selepas dikesan mempromosikan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan cetakan gambar pemimpin komunis di Bandar Botanic, Klang semalam....

Lokal

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan seorang pegawainya yang mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan perkataan tidak sopan. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd