Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tanah Jerlus: Operasi SAR Guna Tiga Pam Elektrik Berkapasiti Tinggi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan tiga pam elektrik berkapasiti tinggi akan digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warganegara India yang terjatuh dalam tanah jerlus pada Jumaat lalu.

Menurut satu laporan Buletin TV3, DBKL berkata usaha itu bagi memudahkan penelitian semula jajaran paip selain menurunkan paras air dari lurang lokasi kejadian sehingga lurang di Wisma Yakin.

Foto: Kosmo!

“Tiga pam elektrik berkapasiti tinggi telah digunakan oleh pasukan SAR untuk menurunkan paras air sehingga 2.5 kaki dari dasar paip supaya pasukan SAR boleh meneruskan penelitian semula jajaran paip dari manhole 1 (ground zero) sehingga manhole 2 (Wisma Yakin),” katanya.

DBKL juga berkata, jentera berat turut digunakan dalam kerja-kerja penebukan bagi membolehkan saluran paip penyedut tambahan yang disediakan Indah Water Konsortium (IWK) dapat menurunkan paras air serendah mungkin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Buletin TV3

“Pasukan SAR telah berusaha untuk memasuki saluran paip kumbahan secara man entry melalui manhole 1 (ground zero) dan manhole 2 (Wisma Yakin).
“Walaubagaimanapun, usaha pasukan SAR gagal kerana faktor laluan yang sempit dan peningkatan gas dalam saluran yang amat berisiko kepada pasukan SAR,” jelasnya.

Foto: Buletin TV3

Operasi SAR tersebut memasuki hari yang kelapan dan diteruskan dengan komitmen padu dari pelbagai agensi yang terlibat.

Pada 23 Ogos lalu, Vijaya Lakshmi Gali, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat mendapan tanah di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Mas Zharif Zhafri Aziz Desa)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

Prasarana Malaysia tarik balik iklan yang mencetuskan perhatian ramai dan tampil memberi penjelasan berhubung visual dalam salah sebuah tren Rapid KL, baru-baru ini. Dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd