Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bekas Jaguh Badminton Negara Tan Yee Khan Meninggal Dunia

Tan Yee Khan Meninggal Dunia

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Tan Yee Khan, meninggal dunia hari ini pada usia 85 tahun, sekali gus meninggalkan satu legasi gemilang dalam arena badminton tanah air.

Berita kematian legenda beregu itu, yang pernah menjulang Piala Thomas 1967 di Jakarta, disahkan oleh Timbalan Presiden I Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam.

Subramaniam berkata pemergian Yee Khan merupakan satu kehilangan besar kepada sukan badminton negara.

“Bagi pihak BAM, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Kita telah kehilangan seorang legenda yang merupakan antara pelopor badminton negara pada awal 1960-an,” katanya kepada Bernama hari ini.

Tan Yee Khan Meninggal Dunia

Selain Piala Thomas, Yee Khan bersama gandingannya, mendiang Datuk Ng Boon Bee, dikenang sebagai antara beregu lelaki paling digeruni pada era 1960-an.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Cikgu E Meninggal Dunia, Perjuangan Melawan Kanser Temui Noktah

Pasangan itu memenangi pingat emas Sukan Asia (1962 dan 1966), juara All England (1965 dan 1966), Kejuaraan Asia 1965, emas Sukan SEA (1961, 1965 dan 1967) serta lima gelaran Terbuka Malaysia (1963, 1964, 1965, 1967 dan 1968).

Tambah Subramaniam, pencapaian serta dedikasi Yee Khan dalam sukan itu telah membuka laluan dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk menyerlah di pentas dunia.

Sumber: BERNAMA, FB Badminton Association of Malaysia – BAM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd